1-Definisi panning dlm fotografi : Sorotan pergerakan mendatar kamera yang seiring dengan subjek menjadikan subjek tersebut pegun tetapi latarnya blur.
2-Tujuan : Memberi kesan/impak yang kuat menunjukkan pergerakan sesuatu subjek. Selalu kita lihat orang gunakan teknik panning/sorotan ini untuk F1 dan MotoGP.. untuk lebih jelas, sila refer gambar contoh yang dipetik dari google :

5 TIPS untuk panning :
1. Panning memerlukan tangan yang kuat/stedi dan kelajuan shutter yang agak perlahan
Kelajuan shutter bergantung kepada subjek yang ingin dirakamkan, secara umum kita gunakan 1/200 - 1/350 untuk pegunkan kereta lumba yang bergerak. Dan shutter yang lebih perlahan seperti 1/60 untuk pegunkan subjek seperti peserta lumba lari/marathon
2. Lebih tinggi shutter yang digunakan, maka lebih mudah untuk kita dapatkan subjek pegun dan tepat.
Tambahan pula, untuk permulaan kita perlu pastikan supaya shutter tidak terlalu perlahan/rendah, cukup untuk menunjukkan pergerakan subjek. Apabila merasa lebih yakin, cuba eksperimentasikan shutter yang lebih rendah supaya lebih menampakkan subjek dengan latar yang kabur. Kita akan dapat lihat pengasingan antara subjek dan latar lebih ketara
3. Pastikan subjek sentiasa selari/ berada pada bahagian sama didalam frame sepanjang dedahan/apabila shutter direlease untuk mendapatkan subjek yang tepat/sharp.
4. Lebih laju subjek yang ingin dirakam, maka lebih sukar untuk kita buat sorotan
5. Jangan kecewa dengan cubaan pertama, cuba dan teus mencuba dan anda akan makin menyukai panning setelah mendapat hasil yang lebih memuaskan.
P/s: kalau secara praktikal (katakan subjek bergerak dari arah kiri ke kanan), cuba berdiri tegak dan mula fokuskan pada subjek ketika subjek berada di sudut 180 darjah dari kiri dengan hanya memusingkan badan (bahagian pinggang dan ke atas sahaja), mula ikut pergerakan subjek/panning sehingga subjek betul2 berada didepan kita dan snap!! teruskan fokus pergerakan subjek hingga sudut 180 darjah ke kanan.
untuk panning kamera kena ikut pergerakan subjek...
Tak perlu terlalu teknikal, cukup kita permudahkan begini;
Kita perlu 'track' subjek sama arah dengan lensa kamera. Kelajuan pergerakan subjek dan kelajuan kita 'track' lensa kamera akan menentukan hasil blurr yang 'lembut' dibantu pula oleh penggunaan shutter yang rendah seperti 1/15 atau 1/30 (bergantung sepenuh pada kelajuan subjek utama).
No comments:
Post a Comment