Monday, April 19, 2010

Filter

Nikon NC filter RM259



UV FILTER
1. Filter UV boleh mengurangkan kesan samar akibat cahaya Ultra violet

2. Filter UV boleh mengurangkan masalah purple fringe

3. Filter UV selamat digunakan untuk semua rakaman tanpa perlu dibuka, kerana ia tidak menapis cahaya yang kelihatan.

4. Filter UV boleh melindungi kaca hadapan lensa anda sekiranya terjatuh atau terlanggar benda keras yang boleh mencalarkan lensa anda.

5. Anda boleh membersihkan filter tanpa perlu risau mencalarkan coating pada lensa.

6. Filter boleh melindungi kaca lensa anda dari hakisan oleh pasir.

Untuk memilih UV filter


1. UV filter tak semestinya mahal… sedikit protection pada lensa anda pun sudah membantu banyak….

2. Harga uv filter boleh diperolehi dari RM50 hingga RM500 mengikut jenis dan berkualiti

3. Filter yang baik kelihatan cerah dan jelas tanpa sebarang pengurangan cahaya atau perubahan warna seperti HOYA HD filter.



HOYA HD UV filter:-

1) 82mm = RM290.00
2) 77mm = RM260.00
3) 72mm = RM240.00
4) 67mm = RM220.00
5) 62mm = RM200.00
6) 58mm = RM180.00
7) 52mm = RM160.00

HOYA HD CPL filter:-

1) 82mm = RM450.00
2) 77mm = RM400.00
3) 72mm = RM370.00
4) 67mm = RM350.00
5) 62mm = RM280.00
6) 58mm = RM240.00
7) 52mm = RM230.00

Last edited by yannick : 01-03-2010 at 10:44 AM.
http://www.photomalaysia.com/forums/showthread.php?t=68833





This filter absorbs UVB and UVC rays to give clearer and sharper pictures with less haze.

49mm - RM53
52mm - RM57
55mm - RM60
58mm - RM63
62mm - RM66
67mm - RM70
72mm - RM73
77mm - RM77
Clear Filter
fungsi clear filter adalah untuk melindungi kaca/front element depan lens dari calar balar/pecah akibat aksi tonggang terbalik jurukamera. Lens anda berharga ribuan dan ratusan ringgit, sekali calar padan muka kena beli lens baru. Jadi, orang yang bijak akan clear filter yang tidaklah beribu-ribu lemon harganya. Nak tanya soalan bodoh sket, lebih baik pecah filter atau pecah lens?

Sebenarnya clear filter adalah sangat useless. Ianya hanya sekeping kaca semata-mata. Kadangkala boleh menganggu kualiti imej yang dihasilkan. Lebih baik beli saja UV filter yang memang akan dibeli oleh mana-mana jurukamera. Fungsi UV filter adalah untuk melindungi lens dari calar/pecah/kotor sambil menapis sinaran UV. Nak tahu secara saintifik ape yang berlaku dengan UV filter ni sila la google. Aku bukan ahli sains. Pendek kata, semua lens aku wajib ada UV filter. Sebab aku sayang lens aku.



Circular Polarizer Filter (CPL) -
Filter ni ada dua fungsi, pertama - ianya membuang reflection pada cermin atau permukaan air dan kedua, ianya mampu menambah contrast pada langit
CPL filter pula gunanya jarang-jarang sahaja. Tidak seperi UV filter yang aku tak penah buka sejak pasang pada lens. Al-maklum la, kalau selalu bukak ni banyak la habuk masuk. Al-maklum la jugak, aku kan pemalas.

Ok, guna CPL dalam ayat paling mudah adalah, MENGHIJAUKAN SAWAH PADI DAN MEMBIRUKAN LANGIT TEBABOOO MELETUPS YA’LL tanpa perlu Photoshop. Hehe. Maaf. Over sket. Gunanya juga untuk membuang imej pantulan pada permukaan berkilat seperti permukaan air atau kaca, jadi takdela nampak bayang awan gemawan dalam air atau pantulan yang tak best pada cermin bangunan(Kalau amik gambar bangunan). CPL hanya cemerlang dalam keadaan cahaya yang cukup ya dan sudut yang betul.



Neutral Density Filter (ND) -
Filter ini bertujuan untuk menghad kan kemasukan cahaya kedalam kamera korang… Ianya berguna bila korang nak tangkap gambar portrait pada siang hari menggunakan bukaan aperture yang besar… Atau, kalau korang nak tangkap gambar air tapi nak pakai slow shutter speed supaya air tu nampak macam kapas-kapas gitu… :D ND filter ni di kategorikan dengan nilai ND 2, ND 4, ND 8 kebiasaannya… Semakin besar nombor ND nye, semakin gelap lah filter itu jadi, semakin kurang lah jumlah cahaya yang masuk…

Graduated ND Filter -
Ianya sama dengan ND filter… cuma ianya graduated (bukan graduate unversity mana2 eh… :P ) . Begini, filter ini, hanya separuh daripada filter itu yang gelap… bermaksud, atas gelap kemudian ianya semakin terang…Tak faham? gini lah rupa dia…
Ada debat yang mengatakan, penggunaan filter ini, akan mengurangkan kualiti gambar korang… Pada pendapat saya, kalau dengan filter ini kita boleh mengimprove gambar secara menyeluruh, kenapa kita perlu risau dengan satu defect yang akan terhasil dek penggunaan filter ini? kan? Saya rasa setakat ini sahaja ringkas berkenaan filter

ND filter pula keje dia mengurangkan/menapis kuantiti cahaya yang masuk.

Gila apa nak tapis cahaya? Haritu bising sangat nak beli lens f stop besar kasi cahaya masuk banyak. Apsal aaa?

Kameraman ni gila kot?

Tak lah.

Kau penah tengok orang amik gamba air terjun yang air dia gila creamy mcm dalam kayangan? Gila terer beliau Photoshop. Photoshop otak kau. Ini la kerja ND filter. Tu la orang suruh belaja tak nak. Main tuduh je pakai Photoshop. Hehe.

Ok mcm ni, secara idiotnya, nak ambil gambar begitu memerlukan bukaan shutter yang lama. Baru air yang mengalir tu memberikan efek creamy tadi. Kalau tak pakai ND filter, abis le overexposed gamba kau even aperture kau set f/22. Matahari kan tengah terang benderang cemerlang gemilang terbilang. ND filter ini membolehkan kau menurun kan f stop dalam kadar yang ekstrim.

Kadang-kadang CPL pon boleh nak guna untuk ganti ND. Tapi pepandai lah. Aku dah cuba tetapi keberkesanannya tidaklah berapa nak kacak.


filter tu wajib, filter UV dah cukup...nak jaga lens...kalau nak puas hati cari yg Hoya Pro1 UV filter, tapi agak mahal skit, ratus² jugak la, yg bagusnya Pro 1 built for tough, reduce flare bila shoot sunset, sunrise dan seumpamanya, dan lebih clear berbanding filter biasa, kalo nak yg murah skit dan ok cari je Hoya HMC UV filter, selain tu ada jugak jenama lain mcm
Kenko,
Kenko Hoya,
Digipro,
dan juga yg paling² murah atau cap ayam la kalau disebut oleh org kedai



Sale Price / Unit : RM 200.00

Friday, April 16, 2010

macro

equipment yang diperlukan utk macro dan food photography.....

semestinya lens macro.. lighting leh guna built-in flash..

mungkin bleh add satu item lagi untuk food photography.. kalo dapat mini studio pun ok

Table Top Portable Photo Studio with Lighting Lights Kit (Shasinki)

Tamron 90mm paling digemari dalam kalangan peminat macro
(micro lens 105mm..........??? )


Tamron SP AF 90mm F/2.8 Di 1:1 Macro lens
The legendary Tamron SP AF90mm F/2.8 Di 1:1 Macro will be available at Photokina with a Nikon mount with a built-in motor. This digitally optimized lens is a classic for portraits and macro photography.

Tamron AF 90mm specs
• Model : 272ENII
• Focal Length : 90mm
• Aperture : F/2,8
• Angle of View : 27°
• Lens Construction : 10 elements in 9 groups
• MFD : 0,29m
• Max. Magnification Ratio : 1:1
• Filter Diameter : Ø55mm
• Length : 97mm
• Maximum Diameter : Ø71,5mm
• Weight : 405g
• Diaphragm Blades : 9
• Minimum Aperture : F/32
• Standard Accessory : hood and lens case
• New Available Mounts : Nikon mount with a built-in motor
• Already available mounts: Sony, Canon and Pentax


Nikon 105mm f/2.8 AF Micro.

macro adapter

ada satu lagi alternatif untuk main makro ni dengan menggunakan kitlens.. boleh cuba guna Close-Up Filter dan juga Makro conversion kit cth Raynox.. ni alternatif untuk yg belum kurang mampu tp teringin nak main makro




Hoya Close-Up set filter +1, +2 and +4 multicoated diopters for close-up photography. Close-up lenses are high-quality optical magnifying lenses which shorten the close-focusing distance of the lens. It allows the lens to go closer to the subject than before and to achieve a larger image scale. Use lenses individually or in combination for maximum effect Depth-of-field is shallow so use as small an aperture as possible.

49mm - RM200
52mm - RM158 (listed price)
55mm - RM205
58mm - RM210
62mm - RM210
67mm - RM254
77mm - RM310

raynox 202 vs raynox 250

rasanya distance focusing dan others factor like FOV (field of view) tak dapat dicapai oleh raynox.
maybe sbab itu raynox tak akan dapat shoot potrait and compo shoot like dedicated lens macro.
aku rasa raynox ni cuma aksesori untuk mencapai min focusing utk macro tetapi tidak sebagai
penyelesaian yang sebenar untuk variety macro shoot.

raynox ni memang dedicated untuk 'macro' shoot
tapi ianya bukanlah lens secara khususnya.. ia adalah sebagai satu alat untuk mengubah focusing distance yg sedia ada pada sesuatu lense untuk mendapat skala yg lebih besar pada subjek... jadi ia dapat membantu untuk mengcapture gambar seperti macro lens...
Boley gak dikatakan sebagai jalan penyelesaian bagi mereka yang tiada original macro lens ni..
setakat ni.. mungkin raynox telah membuktikan ia mampu meghasilkan kualiti gambar yang paling baik berbanding aksesori atau alat tambahan yang lain untuk macro shoot...

kalau nak compare raynox dgn dedicated macro lens macam 105VR ke atau SP90.. mmg la x adil..
tapi ia mampu hasilkan gambar hampir baik seperti dedicated macro lens.. sebab saya difahamkan... skala yang mampu dicapai oleh raynox hampir kepada 1:1... even kalo pakai macro lense pon x semua gambar menggunakan skala 1:1 kerana ia bergantung pada subjek..
cuma masalahnya distance subject dgn lense je la.. kalau 105VR pada skala 1:1 jarak subject dgn focal plane ~30cm kalo guna raynox+50mm x dapatla distance tu.. tapi camner pulak dgn macro lense 200mm? 60mm? berapa distance dia dgn subject? camner plak raynox kalo attached kat prime lense lain..? 35mm ke..? 85mm ker...? adakah jaraknya juga berbeza..?

tapi x paham.. kenapa nak kaitkan raynox dgn shoot potrait plak..? x kena rasanya..?
dia macam ni.. kalau dedicated macro lense mcm SP90 boley shoot macro dgn potrait...
kalau 50mm+raynox... boley shoot macro.. bila nak shoot potrait.. tanggalkan je la raynox tu.. pakai 50mm je..
yang nak gi shoot potrait pakai raynox tu nak buat apa..?

bagi aku macam ni la.. rata2 mereka yang memilih raynox ni ada alasan masing2... bagi aku mereka tidak pernah mengatakan raynox is the best to shot macro.. mereka akan tetap mengatakan dedicated macro lense is the best.. mungkin mereka baru nak menjinak2 diri utk shoot macro.. mungkin belum ada duit lagi nak beli lense macro.. tapi nak jugak shoot macro.. so? inilah jalan yang terbaik..

tapi kalo kata raynox lebih baik dari macro lens tu.. kena tgk baik dr segi mana..? kalau dari segi harga.. ya betull..
kalo dari segi lain2... hmm.. banyak yang x betull....

Raynox DCR-250 Macro Converter

at f22, about 4cm away from the object


at 1.8, love the bokeh it produces


at f22
http://norsalina.blogspot.com/2008/02/raynox-dcr-250-macro-converter.html

raynox 250 ni best diguna pada prime lens.. yakni 50mm ke.. 105mm ker.. kalau guna pada zoom lens ok gak cuma ada vignet kat gambar...
kalau guna 50mm + raynox.. mmg kena dekat ngan subject lebih kurg 4 inch from lens to subject..
rasa2.. budget kurang.. 50mm + raynox 250 dah mencukupi dah utk menghasilkan macro yg best

Wats the different??
DCR250 is using +8 diopter
MSN202 is using +25 diopter..........1 1/4" - . working distance MSN-202.





Raynox MSN-202, 37mm, Super Macro/Close-Up Lens for Olympus C-series Ultra Zoom Digital Cameras

Panning

panning kalau dalam bahasa melayu ialah menyorot/sorotan.

1-Definisi panning dlm fotografi : Sorotan pergerakan mendatar kamera yang seiring dengan subjek menjadikan subjek tersebut pegun tetapi latarnya blur.

2-Tujuan : Memberi kesan/impak yang kuat menunjukkan pergerakan sesuatu subjek. Selalu kita lihat orang gunakan teknik panning/sorotan ini untuk F1 dan MotoGP.. untuk lebih jelas, sila refer gambar contoh yang dipetik dari google :





5 TIPS untuk panning :

1. Panning memerlukan tangan yang kuat/stedi dan kelajuan shutter yang agak perlahan

Kelajuan shutter bergantung kepada subjek yang ingin dirakamkan, secara umum kita gunakan 1/200 - 1/350 untuk pegunkan kereta lumba yang bergerak. Dan shutter yang lebih perlahan seperti 1/60 untuk pegunkan subjek seperti peserta lumba lari/marathon

2. Lebih tinggi shutter yang digunakan, maka lebih mudah untuk kita dapatkan subjek pegun dan tepat.

Tambahan pula, untuk permulaan kita perlu pastikan supaya shutter tidak terlalu perlahan/rendah, cukup untuk menunjukkan pergerakan subjek. Apabila merasa lebih yakin, cuba eksperimentasikan shutter yang lebih rendah supaya lebih menampakkan subjek dengan latar yang kabur. Kita akan dapat lihat pengasingan antara subjek dan latar lebih ketara

3. Pastikan subjek sentiasa selari/ berada pada bahagian sama didalam frame sepanjang dedahan/apabila shutter direlease untuk mendapatkan subjek yang tepat/sharp.

4. Lebih laju subjek yang ingin dirakam, maka lebih sukar untuk kita buat sorotan

5. Jangan kecewa dengan cubaan pertama, cuba dan teus mencuba dan anda akan makin menyukai panning setelah mendapat hasil yang lebih memuaskan.

P/s: kalau secara praktikal (katakan subjek bergerak dari arah kiri ke kanan), cuba berdiri tegak dan mula fokuskan pada subjek ketika subjek berada di sudut 180 darjah dari kiri dengan hanya memusingkan badan (bahagian pinggang dan ke atas sahaja), mula ikut pergerakan subjek/panning sehingga subjek betul2 berada didepan kita dan snap!! teruskan fokus pergerakan subjek hingga sudut 180 darjah ke kanan.

untuk panning kamera kena ikut pergerakan subjek...

Tak perlu terlalu teknikal, cukup kita permudahkan begini;

Kita perlu 'track' subjek sama arah dengan lensa kamera. Kelajuan pergerakan subjek dan kelajuan kita 'track' lensa kamera akan menentukan hasil blurr yang 'lembut' dibantu pula oleh penggunaan shutter yang rendah seperti 1/15 atau 1/30 (bergantung sepenuh pada kelajuan subjek utama).

metering.. matrix, centered weighed n spot?

metering.. matrix, centered weighed n spot?

metering pattern secara umumnya ada tiga iaitu matrix, centered weighted dan spot..

1. matrix : bacaan exposure meliputi keseluruhan gambar dan memberi hasil yang seimbang antara highlight, midtone dan shadow..

2. centered weighted : bacaan exposure meliputi sehingga 80% daripada keseluruhan gambar.. metering pattern jenis ini boleh dikatakan sebagai metering pattern penyelamat kerana exposure yang dikira hanyalah subjek dan kawasan2 yang berhampiran dengan subjek sahaja.. bahagian2 lain dalam gambar tidak diambil kira..

3. spot : bacaan exposure hanya diambil dalam lingkungan 1-5% sahaja dalam gambar.. metering jenis ini sesuai digunakan untuk keadaan lighting yang kritikal.. sebagai contoh, gambar subjek yang diambil dengan latarbelakang yang berwarna hitam @ putih...

maknanya metering digunakan untuk mengira exposure..........

try wt 3 shot dgn metering yg berbeza
tp dgn exposure setting & subjek yg sama...

matrix : lanskap
centered weighted : PR shoot, potret, n produk shoot
spot : potret (high key, low key)

High-key Lighting
High-key lighting is a style of lighting for film, television, or photography that aims to reduce the lighting ratio present in the scene. This was originally done partly for technological reasons, since early film and television did not deal well with high contrast ratios, but now is used to suggest an upbeat mood. It is often used in sitcoms and comedies. High-key lighting is usually quite homogeneous and free from dark shadows.

Contoh



Low-key Lighting
Low-key lighting (or ambient lighting) is a style of lighting for photography, film or television. It attempts to create a chiaroscuro effect. In traditional photographic lighting, three-point lighting uses a key light, a fill light, and a back light for even illumination. Low-key lighting requires only one key light, optionally controlled with a fill light or a simple reflector.

Contoh :